Tempat yang sangat selesa dengan dekorasi dalaman cafe yang sangat menarik. Berhawa dingin dan sangat sesuai untuk menjamu selera bersama keluarga terutamanya mereka yang ada anak kecil di bawah usia 2 tahun.
Senarai menu agak terhad namun rasanya menepati selera dan citarasa kami sekeluarga. Cafe yang menghidangkan menu mesra poket dan mesra kanak-kanak. Kagum dengan tindakan staf cafe yang telah menyediakan Sup Cendawan tanpa bahan perasa beserta sepotong roti yang dibakar lembut tanpa pelanggan perlu memaklumkan terlebih dahulu ianya hidangan untuk si anak kecil.
Sewaktu dine in, satu situasi telah berlaku di mana anak kecil saya yang berusia 1 tahun 4 bln tertumpah air kosong dan saya telah memohon maaf pada staf yang bertugas. Reaksi daripada staf cafe yang saya terima sangat menyejukkan hati kerana beliau memahami situasi saya dengan anak kecil. Perlakuan sebegini wajar dipuji. Walaupun staf cafe memakai mask sewaktu menyantuni pelanggan mereka di cafe, saya dapat rasakan mereka pemurah dengan senyuman yang terselindung di sebalik mask tersebut. Intonasi suara yang mesra dan bersikap positif. Terasa auranya.
Saya sangat merekomendasi cafe ini kepada mereka yang ingin berbelanja secara berhemah bersama keluarga tersayang di waktu musim pandemik ini. Mungkin ada segelintir di luar sana kehilangan sebahagian pendapatan tapi masih boleh membuatkan ahli keluarga gembira dengan menjamu selera di sini.
+60126777889
Instagram : Dayudesigns
FB: Dayu Artis Inai Pengantin
Makanan okay pekerja mesra. Tapi sayang, konsep dekorasi dalaman mmg cantik tapi tidak bersesuaian dgn ruang yang terhad. Lebih banyak ruang terbazir utk dekorasi dari menjadi ruang untuk customer makan. Bila penuh cust, jadi tak selesa dan sempit. Bil pekerja harus ditambah bagi memperceptkan servis.
Service
Dine in
Meal type
Dinner